KENAPA MESTI TUMBUH JERAWAT ???

Jam menunjukkan pukul 10.51 malam....

Hai.. bersiaran lagi kita di BLOGGGGG..... (abis idea letak intro)...
Apapun....

ASSALAMUALAIKUM,

Anda semua,
Blogger-blogger,
Pembaca-pembaca.....

macam biasa, kalau ada entry, konfom alamat tangan dah naik mula menggatal , merengek-rengek nk jumpa laptop....huhaiiii (apa aku merepek ni).
seperti yang dijanjikan atau tak dijanjikan sekalipun, malam ni seperti biasa sementara diri ini masih lagi bujang trang tang tang before meet my cubby babal, dat is "ASSIGNMENT" ^_^! UPDATE BELOG lerr...

Hari, hari, dan sampaila ke minggu hadapannya pulak, teruskan perjalanan sampai ke 2hb, yeap school will be opening n on dat day, it was really awesome sebabnya masa tu la, sesibuknya diri Deyan di IPG nanti. <mesti letak CAPSLOCK IPG WORDS bagi korang faham ya>.
Dont mind la masa tu, jangankan laptop, belog, fesbuk, tweet dan bagai segala yang akan terjunaaaam jauh ke dalam dunia maya tanpa penghuninya. Tapi i'll be activate them, INSYA ALLAH... DAN!
Jasadku terutamanya wajah kesayanganku akan mula naik miang, gatal sana, gatal sini, hitam sana, hitam sini.

.............TAK SANGGUP HADAPI SEMUA ITU (^ ^!)................

Life sebagai student amat jauh berbeza dengan hidup di rumah. yalah, apa tidaknya, kalau d rumah, "MAK MASAK APA HARI NI? JOM JALAN-JALAN? EH, KAW JANGAN KACAU AKU NENGOK TIBI LAAAA".   Yeap, mcm tulah dunia Deyan dan korang juga di luar sana, ihiks (^_^) agak keterlampauan layan adik dengan such a words yg penuh dgn kemarahanmanjaan.tapi itu semua adalah SWEET bagi kami as a family world.

Dan, kalau d rumah istimewanya ialah "PENJAGAAN BADAN DAN MUKA BERPANJANGAN"...ahakkssss... de main point adalah penjagaan. mulalah gatal mulut nk mintak sponsor `itu la ini la dari mama dan bapa. tapi jaga badan ni even rumit, lagi hampehhh la jaga muka. BETUL IDAK???

Bila sebut jerawat, WOWWW,!!!fantastic beybeyh. i tot it such a kind species sebab sgt care dgn muka kita sampaikan nk tinggal dgn kita sekali.HOHOHOXXXXX...XSANGGUP!

Salah kita, salah muka, salah makanan, salah SIAAPAAA??? TEPUK DADA, TANYA SELERA...eh TANYA IMAN. Masalah kalau jerawat mcm lemak juga yg sukaa sgt melekat dekat kita .its ok, tungggu engkaw aku bagi sprayy RIDSECT karang. hahaha.

Kadang tertanya-tanya juga Deyan, why must ada jerawat di muka? hendak kata kurang minum air, xbasuh muka balik2, semua da puas Deyan try tapi ERROR, HAMPEH lagiii, hermmm. kadang jerawat tak tumbuh semua d' whole face. hanya kekadang sebijik, dua bijik kat pipi, dagu, dahi sampai naik lemah satu badan.


seeee... contoh TERBAEK, muka yg bermasalah... ni masa zaman muka masih teruk dulu2..eeuw, kesian dgn muka sendiri. but mostly, ramai org specially student akan ada yg lebih teruk dari ni. Mostly, kita kena tau juga walaupun langsung xminat bagi yg xnk jaga muka, kena tau "WHY BENDA NI, MELEKAT KAT MUKA KITA" yeap dulu Deyan jenis mcm tulah.  Asal balik dari sekolah, alah dengan payung, tapi sgt suka dengan Sang Matahari. Masa tu masih budak2 yg baru naik remaja, biasala tu. Bila naik education mcm skang ni, benda psal ni la antara keutamaan Deyan. Sehinggalah Deyan ada terbaca nth sumber mana, Ya Allah.... rupanya setiap jerawat yg tumbuh di muka, adlah disebabkan oleh beberapa faktor.yeap, korang mesti nak tau kan. NIE LA DEYAN NK SHARE, BACA, SCROLL BAWAH OKEY.

Di muka kita ni, ada 14 titik yg menjadi medan tentu wujudnya hidupan bernama "JERAWAT".so, refer pic di bawah yg Deyan insert.

JOM CHECK MUKA MASING-MASING SEKARANG!


 kalau tengok titik semua ni, sebenarnya Deyan kerap ditumbuhi jerawat bahagian 11,13,1, dan 2. so, konfom bermasalah muka Deyan.hohoho, kena rawat dgn segera. Pada pembaca luar sana,setiap titik kat muka yg ditumbuhi SANG JERAWAT, berkait rapat dgn masalah pada sistem badan kita. OK, JOM TERJAH APA MASALAH YANG KITA HADAPI SEKARANG, SISTEM APA YANG TERGANGGU SEKARANG, BUKAN SETAKAT TAPAK KAKI SAHAJA YANG BOLEH KESAN, SEMEMANGNYA JERAWAT MEMBANTU KITA UTK JAGA KESIHATAN
<sengaja capslock , ihik>

TITIK 1 dan 2 : Masalah sistem pencernaan

TITIK 3 : Masalah pada hati

TITIK 4, 5 dan 7 : Means kita kurang minum air secukupnya, so lepas ni biar 1 GELEN kita punya, TERBAEKK!

TITIK 6 : Masalah pada jantung, kena jaga tekanan darah, dont be too stress on urself.

TITIK 8 : Hati-hati pada buah pinggang kita. Air putih utamakan, kurangkan pengambilan kafein / garam berlebihan.

TITIK 9 & 10 : Jangan panaskan diri anda , hehe, joke! kena tengok pernafasan kita selalu. rajin2 bersenam. seee, hebatnya kuasa Allah wujudkan jerawat ni.

TITIK 11 & 12 : Masalah student selalu alami sebab terlalu stress, kurang tidur sebab slalu buat esaimen last minit. OPS, Eihikks, pesanan utk saya (^_^) . Okei, ia berkaitan dgn hormon. so, jgn lewat tisur, biar banyak2 makan sayur, dan lebih penting air masak color jernih. bukan air masak color hitam, coklat, NOPE!

TITIK 13 : Pegang perut, rasa ada apa-apa yang berlaku ka tidak? rasa sakit? haha, lol. gurau sja ;p
                  Tolong alert dgn penjagaan usus anda, lebihkan pengambilan makan berserat dan cuba cuba
                   take your time at evening for TEA TIME. Coffe time, elakkan okei. Ambilla dan minum teh 
                   herba ya!

TITIK 14 : ALERT! ALERT! Tahukah bahawasanya, pada saat jerawat ada tumbuh di titik ini, petandanya 
                  badan sedang mempersiapsiagakan untuk melawan sakit / penyakit . So, take a rest for a minute,
                  ajak badan jalan-jalan, picnic, atau beramal ibadah, baca zikir untuk tenangkan minda. INGAT, 
                  OTAK different dgn ROBOT. sedangkan robot juga ada had kuasa gunanya, inikan lagi otak.

TITIK 15 : APA YANG ADA DI TITIK NI? 
                  MIDNIGHT SEMAKIN HAMPIR, so... Deyan pun kena rest otak badan semua bagai. TITIK
                  ni paling utama. apa dia DEYAN? < tanya & jawab diri sndiri, huahuahua>....


JOM, SLEEP TIME! C U SOON DEAR,LOVE U
ASSALAMUALAIKUM CINTA!

Tips Jalan Bahagia dengan Si Dia "MR" or "MRS"?

Hampir kita ke penghujung Disember 2013 lagi pembaca sekalian. yeah dan semestinya, semua orang dh ready dgn azam baru masing-masing. Semestinya Deyan seperti kalian juga. Sepanjang tahun 2013, terlalu banyak pahit manis Deyan hadapi dan korang di luar juga sama seperti Deyan, kan?? Kadang kita tidak sedar, setiap yg berlaku ke atas diri kita itu boleh jadi banyak mecetuskan pelbagai perasaan tidak kira happy, sedih, or etc. Kadang kita tidak sedar, apa yang telah berlaku ke atas diri kita sedikit sebanyak membawa kita untuk berubah ke arah yang kita hendak dan semua itu terpulang pada niat kita sendiri. Moga apa yang kita hendak akan tercapai di tahun akan datang dan kesedihan kedukaan kita alami menjadi tembok untuk kita terus tabah menghadapi mendatang.

Sepanjang 2013, dalam banyak-banyak hari, minggu, bulan... akan ada 1 benda yang akan menghantui diri kita. Of course Deyan turut mengalami juga merasai itu. Sesetengah orang especially kaum hawa macam Deyan yang dah berumur 21 tahun, apa yg Deyan was-was adlh about "KEBAHAGIAAN". Kebahagiaan dengan PASANGAN. Yep, pasangan. biasalah, umur lebih 20 tahun of course akan memikirkan benda2 macam ni. Lumrah manusia ingin berpasangan. Tidak kiralah samaada kita ni wanita atau lelaki, perasaan yang dialami adalah sama.

Seperti Deyan seorang wanita sangat menginginkan seorang suami yang baik daripada pelbagai segi tidak kira tingkah laku, rupa, harta malah keturunannya. Sudut pandangan kebanyakan orang zaman sekarang berbeza-beza. Ada yang memandang ke arah pangkat pasangan, keturunan dan terlalu obses dengan itu sehingga menjunamkan diri mereka sendiri daripada dekat dengan pasangan. Cuba, cuba, cuba jauhi sikap seperti itu. KARMA tak kenal SIAPA. Cuba terima diri mereka dengan apa adanya.

So, entry malam ni Deyan banyak rasa hendak bcakap tentang diri kita dan pasangan. Bagaimana nk bahagia dengan si dia? Terpulang kepada individu, tetapi sentiasalah positifkan diri dan mcm yg Deyan sdh katakan td, jgn terlalu obses memilih si dia kerana 1 hal sahaja. terimalah si dia dengan sepenuhnya.



Mungkin saranan atau tips yang Deyan akan share dengan semua, boleh digunapakai. :) 
Tips sangat mudah. 

Pertamanya,


Pasangla niat untuk bahagia bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian orang lain. Jangan kita sesekali lupa dengan kuasa Allah , bersyukurlah kita dengan ketetapan-Nya. Rupa paras itu hanya sifatnya sementara saja. 

Keduanya,


Pilihla keutamaan atas dasar keikhlasan dan akhlaknya. 

Ketiganya,

Janganlah terlalu mementingkan sifat luarannya sahaja. Pasti ia tidak kekal. Ubahlah sikap untuk menerima seadanya si dia. Disebabkan hal yang ketiga inilah, ramai dalam kalangan kita kecundang dalam alam percintaan mahupun perkahwinan. Sentiasalah berprasangka baik dan janganlah terlalu cerewet dalam setiap perkara, si dia secara dalam diam, meneliti anda dan xhairan kalau pasangan membuat keputusan untuk merungkaikan ikatan.

Keempat,


Biarpun ilmu akademik si dia agak kurang, sekurang-kurangnya carilah yang berilmu dalam ilmu agama sudah memadai untuk membimbing anak, isteri dalam rumah tangga, Insya Allah...

Diharapkan tips yang agak sedikit ni, mampu dikongsi bersama dan dijadikan panduan kita bersama.... yezzze, Deyan agak formal dlm entry kali ni. Semoga kita jumpa dalam entry seterusnya lagi. 




Taman Pertanian Tenom, Sabah. Apa yang ada di sana???

Assalamualaikum semua pembaca. Tangan ligat menari atas keyboard masa hujan malam-malam ni. Semalam xsempat karang entry kat blog sebab sibuk catering for wedding le' cozen. Dalam waktu2 macam ni, terlintas dalam fikiran buka balik folder dalam laptop ni.

Ayoyo... banyakkknyaa gambar. Taun depan kena beli extra 1 xternal hardisk.kalau tidakk, konfem menangislaaa masa buat projek di laptop ni...(padan muka diri sendiri, dush!desh!dush!). Dalam banyak2 album, tetiba Deyan terfokussss 1 album ni. Yeap, "TAMAN PERTANIAN WITH BIBI DAN SHELLA" nama album. Tangan ni dengan pantas search kat internet, about Taman Pertanian Tenom, Sabah. anda semua boleh search secara bebas kat internet. bila singgah blog, rasa gatal nak tulis about it. Mesti ramai yang belum berapa tahu, "APA YG ADA DI TAMAN TU?", "ELEH, TAMAN SJA PUN".... n bla bla bla... 

Taman Pertanian Tenom Sabah ofkos hanya ada di Tenom sahaja. tengok nama pun dah tau, hekhek. okei, dalam entry kali ni, byk benda Deyan nak share. salah satunya ialah about sejarah.
Untuk semua pembaca, bagi sesiapa yg belum pernah ke Tenom, dan mungkin akan jd warga Tenom/ akan bekerja di Tenom, kena tahu Tenom ni dimana. 

Kedudukan Tenom adalah dikelilingi oleh sempadan dengan Daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia.  Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Topografi adalah bukit bukau. Hujan Tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian.  Dua buah sungai yang mengalir melalui daerah ini iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan, merupakan sumber air kepada penduduk-penduduk Daerah Tenom dan juga sebagai penjana bekalan api Elektrik Hidro Tenom Pangi.  Manakala taburan hujan di Daerah Tenom pada tahun 2000 ialah 1,937.9mm. 


View ni take dari HOTEL PERKASA, TENOM...ngee ;D

Pada u'olls yang minat dgn tanaman, bunga2an... Silalahhh bertandang ke taman pertanian tenom. 3 owang budak nakal menyelit kejap, ehek!


for de information, terletak d Lagud Sebrang kira-kira 10 km kalau nk sampai ke sana dr pekan Tenom. Apa yg menariknya di taman ni, view latar belakangnya adalah Banjaran Kroker (banjaran terpanjang di Malaysia). 

So, pada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut, misalnya nk pegi bercuti ke taman, leh contact alamat ni:

Park Manager
Taman Pertanian Sabah
WDT, 28
89909 TENOM,
SABAH, MALAYSIA.
Tel : 6087-737952 / 737558
Fax : 6087 – 737571
E-mail : agripark@sabah.net.my

setakat ni, ada 12 tempat2 yg special boleh korang lawati. kALAU cakap nk round abis semua taman ni dlm masa sehari, mmg xdpt... sbb luassss teramat.utk ke setiap taman ni, dont worry , xpyh tkut penat sbb korang boleh naik keretapi yg disediakan... heeeee... best3x... belum cuba belum tahuuu...

a.Pusat Orkid Semula Jadi
b.Muzium Tumbuh-tumbuhan Hidup
c.Pusat Lebah 
d.Koleksi Plasma (Germplasm Collection)
e.Taman yang dihias
f.Taman Hoya
g.Taman Evolusi (Evolution Garden)
h.Hutan Agro-Forestry
i.Tasik Sapong
j.Tasik Rundum
k.Taman Haiwan,
l.Jungle Trekking  


inilah view paling femes kalian akan jumpa bila search di intnet "TAMAN PERTANIAN TENOM, SABAH". laluan ni kalian akan nampak dr pintu masuk beli tiket. heww, panass cuaca masa take pic ni, SUNBURN AGAINNN!!!

xtau nk pose cmana lagi, so inilah GAYA org dh habis IDEA . UPLLH???

Sengaja Deyan suruh bediri di laluan pondok ni sebab nk test2 teknik ambik gambar, hekhekhek. menjadi juga kan?so, ini adalah salah satu pondok yg kami bertiga rehat berteduh sebab cuaca sgt panassss.

Aha, dis view sgt cantik bg Deyan. sebab apa? sgt mendamaikan view ni. model dua budak kecik yg sdh membesar dgn jayanya dijadikan sebagai mangsa 'CAPTURE'!

Kalau dtg ke taman ni, teramaaat rugi kalau xpegi kolam kecil ini yg mana kalian boleh tengok disitu, betapa besarnya DAUN BUNGA TERATAI yang boleh menampung bayi seberat 3 kg. Kami dh try letak botol mineral, handbag atas daun tu tp berat kedua2 bahan xlah smpai 3kg. Deyan try pegang daun tu dan MEMANG tebal tebal tebal daunnya. so, pd sesapa yg teringin, jgn lepaskan peluang sbb jarang2 ada dlm Malaysia ni.

Xiao Xing Xing ala2 mcm HANG LI PO, U are sweet!

capture ni nmpk simple tp sgt awesomeee sbb view mcm kat KOREA, tp bayang2 kacau laaa...

TADAAA! ni lah keretapi yg kami naik. Omey tida?eheheksss.hewww. ada lagi satu keretapi yg comeylll, colour purple.tp on dat day, kami naik color green pulak.

nampak mcm sgtla tinggi pokok orkid ni kan? sebab camerawoman (me la) hehe, ambil dr bawah, siap terbaring2 masa ni.huahuahua ;D seriously, pokok bunga ni mmg tinggi pun. Gambar ni deyan ambil masa kami di taman orkid yg u can find berbagai-bagai jenis ORKID, CANTEK weiii.

ini pula adalah design pembinaan masyarakat cina. bila berada disini, terasa diri bukan ada di Malaysia, hehe....

cakkk! im here... but not AUSTRALIA, ENGLAND... hanya di Malaysia, weeuww.
Deyan sndiri pn xtau apa nama taman ni, just called it "SECRET GARDEN" la. sebab dlm taman ni, ada lg taman2 kecil boleh didapati yg kita sendiri xjangka benda2 yg ada di dalam taman ni. so, bg sesapa yg nk tau, try and error, wuicehmen, main2 sja bah org sabah bilang.heeee...

Dinosour purbakala.


WE END ALL OF JOURNEY AT HERE!Tengkiu so much to Xiao and Bibi for visit here.ceeh, mcm tour guide! okei everibedi, gambar ni closed my diary. see c u soon , kBABAI.



KESAN KOLAGEN CANTIK @ TERUK?

     Nampaknya, mata ni dari tadi pejam celik pejam celik.xtau dimana silap dan salah saya ni wahai mata. Disebabkan sang mata belump penat, dia asak tuannya read something to freshie dia,ehek (mcmlah mata ni boleh bercakap).

     Sok sek sok sek buka sang majalah, DOOP!!! i saw something interest to read. JYEAH! its about mostly wanita-wanita suka (KECANTIKAN). Perempuan mana yg xmahu kelihatan cantik kan. Tajuknya ialah "KOLAGEN". yang menariknya ialah, kolagen pada masa kini sangat terkenal tidak kira tua mahupun muda. Sampaikan produk2 bersumberkan kolagen berlambak2 di pasaran dan menariknya sampai ada yg jadi KAYA sebab mengusahakan produk ini. So, entry kali ni, Deyan bukan nak share tentang tips2 utk menjadi bisneswoman or man. Hanya sekadar perkongsian pembacaan Deyan tentang Kolagen.

Kebanyakan di luar sana mengetahui KOLAGEN BANYAK MEMBAWA KEBAIKAN. sebabnya kos murah utk dapatkannya, boleh didapati secara langsung dan xtinggi risiko. Yeap, memang betul. Deyan xnafikan itu semua. Tapi mcm produk kecantikan yg lain, kolagen juga memberi kesan yg negatif klu ambil byk sgt.

JOM KENALI KOLAGEN?

- Sejenis protein. (semua manusia dalam dunia ni ada kolagen yang wujud pada kulit)

- Menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan tisu badan. (itu sebab ramai antara kita terutamanya sering berlaku kepada golongan yang sudah berumur 35 ke atas, kulit semakin kendur, xbermya.. itu sebab kandungan kolagen semakin berkurangan. so take note, dan bolelah share dgn para ibu dan ayah sekalian)

- Dimana kolagen boleh didapati dalam tubuh kita? (Kornea, Kanta Mata, Kulit, Salur darah, Keratin dalam kuku dan rambut, tulang,tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ.cth buah pinggang kita, jantung juga dan dalam sistem limfatik). bila mata fokus pd perkataan limfatik, OHMAIII, teringat masa belajar subjek ANATOMI N FISIOLOGI masa sem 3 PISMP. Subjek paling disayangi semua classmate sebab ketumpulan otak utk analisa maklumat dlm otak, kehkehkehx... nasib baiklah lecture okay dgn kitorang...itupun, hampir Deyan failed subjek tu. seee... tumpulnya otak.

okay, mesti dalam kepala otak set in mind masing2, kolagen ni cuma satu, sumber pun satu. itu sebab pengaruh soap kolagenla, pil kolagenla... OOO... jangan set in ur mind mcm tu dulu, sebabnya apa yg Deyan akan bagitau ni, mesti akan mengejutkan beberapa org pembaca yg belum tau ttg kolagen. OKAY, NOW SCROLL DOWN..SCROLLL...



Jenis-jenis Kolagen

Kolagen ni sebenarnya ada 29 jenis. Banyaknya.. yeap, memang banyak.xcaya.90% adalah drp jenis kolagen I, II, III, IV, dan V.

1). Kolagen i: ada pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang dan gigi.

2). Kolagen ii: Tulang rawan, mata

3). Kolagen iii: Reticulate dan fungsinya ialah sebagai penyokong dlm tisu lembut spt hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim juga.

4). Kolagen iv: Permukaan sel, rambut dan uri

5). Kolagen v: beerfungsi membentuk asas kpd sel membran dasar iaitu serat yg melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang. contohnya ialah kanta mata atau endothelium yg melapisi permukaan interior pembuluh darah.

*Pembaca-pembaca mesti xsenang duduk, scroll atas bawah nak cari maint point ttg kolagen yg deyan nk share kan.

*Kita mula yg baik-baik dulu ya.

KEBAIKAN KOLAGEN (CAPSLOCK lagi tau)

- Baik utk menegangkan dan kekalkan keanjalan kulit. mcm yg deyan ckap td, rmai sgt di luar sana, mempunyai masalah kekenduran kulit tidak kira usia. sebabnya kehilangan kolagen, so ambillah kolagen.

- Baik utk kekalkan kelembapan kulit.  ambil kolagen dan konfem kulit cantikkk selalu, xkering.yg penting save bajet beli losyen banyak2 tiap tahun. (>_<)

- Kalau xda kolagen dlm badan, konfeem berdarah2 berpatahan dan seangkatan dgnnya otot  dan tulang milik kita ni. Jangan anggap kolagen ni hya utk kulit shaja tau.

- Tanpa adanya kolagen, proses pembuangan toksin dr hati xkan berjalan dgn baiknyaaa.

- Juga menurangkan keradangan (inflammation).

- Ini point yg buat deyan terasa n kecik atiiii, boleh pula Sang majalah ni kata kurangnya kolagen bole mengurangkan pola tidur seseorang... nasib badanla. lepas ni kena ambil kolagen banyak sikit. bila tidur pun kurang, muka pun cepat tua.

- Membina semula lapisan protein dgn memulihkan penyakit saraf.

*Sekarang, kita tengok pula kesan sampingan kolagen.

KESAN SAMPINGAN

Kesan sampingan ini berlaku mengikut sistem tubuh seseorang.di bawah adalah tanda2 peringkat permulaan:

- sakit kepala
- ruam kulit
- demam
- bisul
- kudis
- cirit-cirit
- perut berangin
- letih
- berdebar
- cepat marah

TAPI, ada cara utk atasi simptom2 :

- Rehat cukup
- Minum banyak air.
- Elak makanan yg ada protein dan lemak tinggi
- Berus kulit dgn berus badan yg lembut.
-Mandi dgn air suam utk menggalakkan pembukaan pori2 kulit utk mengeluarkan toksik yg perlu dibebaskan.


~SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KECANTIKAN BERSAMA~

Wonderfulll MemORIesS

Dari pagi sampai la ke malam, i just sitting on my bed. hanya sebab BLOG. yalah, im a new blogger here. so far, tgh tengok-tengok kandungan blog. fulamak, pening2 lalat pekena BLOG yawww, KAW!KAW!...hasilnya sedikit memuskan, carik template yang berbeza sikit dr org lain.`hikhikhik.... so, i get n use it on my BLOG, TADAAA...


biarpun masih tidak kemas, yang penting ada tercalit2 blink sikit2 pun kira ok la. hehe. tapi kalau perasanla tajuk di atas ni 'Wonderfull Memories". mcm xada kaitan. Ayat-ayat di atas ni penghias shja. okei, apa yg deyan nk share dgn semua, its about my last memories wif all CIKGU2 Jabatan Pengajian Melayu, Kent. dlm jabatan kami setakat ni sepanjang 2013, ada 4 unit under JPM. kitorang buat majlis perpisahan sekaligus kenang2an special for our senior...dup dap dup dap, xrasa 5 tahun diorang di mktab. 

 Ni la, salah satunya pic #moment d most i love to watched!!! even xdpt sambut di HOTEL yg grand2, cukuplah kenangan terpahat buat kali terakhir dlm dewan yg penuh dgn kenangan. bak kata org, Hujan emas di negeri org, hujan emas di negeri org, hujan batu d negeri sendiri, grand2 di hotel, lagi GRAND SUPERB di tempat sndiri, dlam dewan yg sdh lama tp byk jasanya...kan kan kan. klu nak tahu, dewan ni telah dihias oleh senior. dpan pulak giliran diorang bt thesis dan tahun seterusnya, giliran deyan pula. BERMULA LA, KISAH TAK TIDUR MALAM, MANDI TAK BASAH, MAKAN TAK KENYANG, kwang kwang kwang!okei, scroll down lagi, ada lagi di bawah...

ni pula Deyan bagi ZOOM lagi. mesti korang hairan, y background pic atas lain sikit. memang lainnya banyaaak. speciallnya event kitorang under senior ni, diorang buat 2 pentas. pic atas tu senior deyan bgambar di pentas utama. yg bawah ni special utk klik klik, ambik gambar... see, so jealous tengok muka diorang yg penuh keceriaan bila thesis da siap. my senior yang CANTIK+GOJES+CUTE! miss u all :'(

Gegel senior sem 8 boleh dikatakan mmg xdisangka umur diorang mcm 23 tahun. kenapa pulak? yeap, sebab muka semua masih comel-comel. memang tanteklah dressing malam ni.most of them, byk bawa peragaan gaya MUSLIMAH. 

yang lelaki, xda dalam simpanan, ops soriiiiey (=_=)

...................................................................................................................................................................

ok, di bawah ni Deyan just masukkan sekali gambar2 kenangan malam tu. dan kalau mhu kenal who i am (DEYAN), muka yg paling byk keluar dlm gambar kalau korang perasan, itulah saya, hewhewhew. so happy dan xsangka sebab malam tu, for the 1st ever 1st deyan dipilih sebagai "PUTERI GILANG GEMERLAPAN OF THE NIGHT". Arigatoooo arigatooo pada yg menilai, sememangnya deyan xharapkan langsung dpt gelaran malam tu, sebab punyala ramai pakai baju cantek2, kiut2... 
My cloth ni sbnarnya REUSE sbb persediaan las minit, kengkawan semua sibuk pinjam2 baju, n ada yg sggup beli baju baru. tp tidak apa, sbb itu pilihan mereka. lgpun deyan suka tgok org yg pakai dan hias diri cantek2,ngeee... tp org kata "SUDAH REZEKI KO"...YEAPS, n i want to tengkiu pd juri yg memilih sy sbgai princess of the night. n my partner ialah my senior ANDREAS.
Hadiah yg deyan dapat mas tu ialah chocolat nth apa tu, btw sgt sedap, dia white choc+biji kopi. 
 hikhikhik... dua2 badan comel. comel2, montel2 pun, ada kelebihan. so, adik2 akak2, abg2... jgn stress dgn diri anda, gemuk xsemestinya xcantik dan xhensem. Allah dah anugerahkan kita sebaik kejadian. Bersyukur pada-Nya. n it what i do. SYUKUR.














HAPPY BEFDAY BABY CUAN!


Ketemu lagi dalam entry malam ni... so far, deyan full of tired 1 body ni. penat sebab baru attend event yg dibuat di Taman Rekreasi Pamilaan. Ya Allah, sudah lama niat mahu ke sana, berbelas2 tahun niat tu, baru tahun ni dpt ditunaikan. tapiii, Masya Allah, penat bukan sebab apa. sebab MAKAN, TAKE PIC, MAKAN, KETAWA. haha! tempat tu dulu dgr2 lg cantek. rasa rugiii teramat sebab xpegi sana b4 dis. skg ni agak terbiar sikit, tp ketenangan mampu dicapai, chewaah, SKEMA!!!

INILAH EMPUN TUANNYA BADAN YG KAMI CELEBRATE, HEPI BEFDAY BABY CUAN BAMBAM CAYANG!!!! seee... pantang nampak handphone, ketik ketak ketik!

walaupun pena 1 badan, btw... masa utk update entry ni masih kuat. so, di bawah ni pic2 masa picnic td.
3 of us, masih bujang. tadaa, sapa yg bakal melangsungkan akad dulu?jengjengjeng, tunggu dan lihat. okei, yg pakai spek tu my cozen, same age with me. hero Malaya tengah2 tu my bro merangkap cozen. 24 year old. 


yg bawah ni pula, rasanya paling menyerlah my grandpa!


"Jong Kook" runningman kini di Malaya dgn kuulit yg menghitam manis, kehkehkeh!
    Semua Jong2 ni tgh mandi,

macam sweet kapel pulak diorang nie wey!


sekali lagi, muka diorang


 deyan menyelit!


ohmai, kuak lentang oleh "HAHA", eh Jong Kook buat apa disana>mcm gay la kamu!haha


ok, sebelah Jong Kook MALAYA, rasa2nya, siapa? ni la my brader yg maintan cun melecun. 3 anak sdh!


amboiiihhh gaya


its me, menyelit seketika


NIlah posing yg deyan paling suka, sbb ada korea Malaya la sgt!ihiksx ;p


my cozen, form 2... so, next year masuk form 3.mmg suka gaya begambar!


me, with le mummy, ... my dad punya kakak, all of us called her 'mummy'.mata dia mesti fokus pat lain,