Sepanjang 2013, dalam banyak-banyak hari, minggu, bulan... akan ada 1 benda yang akan menghantui diri kita. Of course Deyan turut mengalami juga merasai itu. Sesetengah orang especially kaum hawa macam Deyan yang dah berumur 21 tahun, apa yg Deyan was-was adlh about "KEBAHAGIAAN". Kebahagiaan dengan PASANGAN. Yep, pasangan. biasalah, umur lebih 20 tahun of course akan memikirkan benda2 macam ni. Lumrah manusia ingin berpasangan. Tidak kiralah samaada kita ni wanita atau lelaki, perasaan yang dialami adalah sama.
Seperti Deyan seorang wanita sangat menginginkan seorang suami yang baik daripada pelbagai segi tidak kira tingkah laku, rupa, harta malah keturunannya. Sudut pandangan kebanyakan orang zaman sekarang berbeza-beza. Ada yang memandang ke arah pangkat pasangan, keturunan dan terlalu obses dengan itu sehingga menjunamkan diri mereka sendiri daripada dekat dengan pasangan. Cuba, cuba, cuba jauhi sikap seperti itu. KARMA tak kenal SIAPA. Cuba terima diri mereka dengan apa adanya.
So, entry malam ni Deyan banyak rasa hendak bcakap tentang diri kita dan pasangan. Bagaimana nk bahagia dengan si dia? Terpulang kepada individu, tetapi sentiasalah positifkan diri dan mcm yg Deyan sdh katakan td, jgn terlalu obses memilih si dia kerana 1 hal sahaja. terimalah si dia dengan sepenuhnya.
Mungkin saranan atau tips yang Deyan akan share dengan semua, boleh digunapakai. :)
Tips sangat mudah.
Pertamanya,
Pasangla niat untuk bahagia bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian orang lain. Jangan kita sesekali lupa dengan kuasa Allah , bersyukurlah kita dengan ketetapan-Nya. Rupa paras itu hanya sifatnya sementara saja.
Keduanya,
Pilihla keutamaan atas dasar keikhlasan dan akhlaknya.
Ketiganya,
Janganlah terlalu mementingkan sifat luarannya sahaja. Pasti ia tidak kekal. Ubahlah sikap untuk menerima seadanya si dia. Disebabkan hal yang ketiga inilah, ramai dalam kalangan kita kecundang dalam alam percintaan mahupun perkahwinan. Sentiasalah berprasangka baik dan janganlah terlalu cerewet dalam setiap perkara, si dia secara dalam diam, meneliti anda dan xhairan kalau pasangan membuat keputusan untuk merungkaikan ikatan.
Keempat,
Biarpun ilmu akademik si dia agak kurang, sekurang-kurangnya carilah yang berilmu dalam ilmu agama sudah memadai untuk membimbing anak, isteri dalam rumah tangga, Insya Allah...
Diharapkan tips yang agak sedikit ni, mampu dikongsi bersama dan dijadikan panduan kita bersama.... yezzze, Deyan agak formal dlm entry kali ni. Semoga kita jumpa dalam entry seterusnya lagi.
2 ulasan:
welcome xiao... :D sori terdelete komen scra xsengaja... ehehe,
Catat Ulasan