Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang buat semua ...

Selang kira-kira 2 minggu baru free update blog yang semakin usang ni... sunyi sepi jadinya

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk berkarya even tengah-tengah malam sbb mata blum ngantuk lagi. So, isi la masa terluang dgn meng update blog kesayangan ...

Nampak sangatla blog yang deyan update last week update cara orang malas. hehe...
So, malam ni Deyan harap mata dan tangan dapat bertahan untuk menaip ilmu / share cerita / pengalaman Deyan sepanjang 1 bulan lebih ini. 

Okei, kali ni xda pantun2 ya. direct to the point sahaja. Deyan mau share ilmu yang Deyan baca dekat facebook, blog, dll lagi la. ITS ABOUT MEDICINE AND SUPPLEMENT. Kebanyakan orang menganggapi kedua-dua benda ni adalah benda yang sama. Jadi sini Deyan berbesar hati hendak post share dengan semua pembaca apa beza 'UBAT' dan 'SUPPLEMENT' ? Bukan kah keduanya benda yang sama. keduanya terkandung vitamin. JOM BACA BAWAH !

~UBAT~

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

~SUPPLEMENT~ ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...
Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI!!

OKAY, SEMUA sudah baca kan ??? nampak kan perbezaan keduanya. Jadi lepas ni jgn anggap shaklee ni ubat boleh sembuhkan penyakit xkira kecil mahupun besar. Sebab apa? Sebabnya supplement sebenarnya cuma makanan tambahan yang telah diformulasikan dengan ekstrak tumbuhan mahupun hidupan akuatik yg mana mempunyai 10x ganda tahap kandungan vitamin di dalamnya. 

Masa Deyan mula-mula buka blog then baca pasal produk shaklee. ESP adalah produk shaklee yang Deyan baca... sebab sedar kulit sendiri xok, nampak sgt kedutan even belum masuk golongan org tua lagi. hehe. tambahan lagi baca banyak testimoni ttg esp. Semuanya bermula apabila Deyan search produk utk kecilkan pori2., sehinggalah Deyan terbaca blog-blog orang ttg esp yg mengandungi protein yg tinggi dan membantu memperbaiki tekstur kulit muka. Produk keduanya ialah set migrain yang mana pengalaman seorang doktor di semenanjung tp xingat negeri mana... suaminya mengalami migrain sehingga membuatkan dia terpaksa menghantuk kepala ke dinding. Kesian betul baca blog doktor tu. Dia yg juga seorang doktor di sebuah klinik juga puas memberi makan suaminya bermacam ubat tahan sakit sehinggalah Allah memberi petunjuk pada dia utk menemui penyelesaian masalah yg dihadapi suaminya memandangkan kondisinya semakin merosot. Pada mulanya, beliau agak ragu tetapi setelah mencuba set migrain, alhamdulillah ... semua okei. Pengambilan secara konsisten membantu beliau. 

APA YANG DEYAN NAK SAMPAIKAN, JANGANLAH KITA MERASA RUGI UNTUK BERBELANJA DEMI KESIHATAN.



ASSALAMUALAIKUM... pa kabar para pembaca yg disayangi sekalian, hewhewhew~
Mcm genap sebulan juga la xupdate benda ni... hohoho... (sibuk katanya) ....
ohYEAHH !!!! SEMANGAT CNY kian memuncak. esok xda kuliah, CUTI CUTI CUTI !!!! LAGI !!!! 

RINDU RUMAH ! VIEW ni paling suka suka suka ~






pantang cuti , konfom macam2 benda kena plan . tahun ni agak berbeda ya buk! bapak! ... xmcm taun lepas, asal cuti balik rumah poket kosong. taun ni special banyak, sdhlah dpt cuti, dapat lagi duit masuk.

ELAUN DAH MASUK !!!! YEAHHH !!! subuh-subuh da dgr suara org di jemuran kain ckp "POT PET POT PET" pasal elaun. mata mamai-mamai lagi, alahai bisingnya di luar. Tapi bila part elaun punya word, segar SEGAR SEGAR !!! ALHAMDULILLAH !!!! 
2014, moga menjadi tahun yg penuh keberkatan !

sebenarnya, xda benda perlu update tp tgn ligat menari2 atas papan berbutang. alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan lah. alang-alang buka laptop, terus melaram dgn cik blog lah. hehe

beginning for dis year mcm taun2 lepas juga, xda yg speciall. cuma pengisian hari-hari deyan agak berbeda dan boleh katakan lebih kepada adventure tuk reward diri balik...


bermula dgn perjalanan ke KK ikut train dr TENOM hjung2 tahun 2013... hampir 9 tahun xmerasa naik benda ni sejak kejadian tanah runtuh jalan keretapi tenom-beaufort. alhamdulillah, dgn kekuatan hati yg ada, boleh NAIK SEMULA, YIHAAA !

ni ha view capture x jadi ! hampeh~


meremang bulu roma bila ternampak arus mcm ni, masa ni mmg musim hujan. nasib baiklah xda tanah runtuh dkt sungai, alahai ~



terlintas juga dalam kepala otak ni, ada buaya ka tidak? gulppph. neverminda, abaikan.


lega banyak bila jarak keretapi jauh dr sungai... lega ada tanah kat tepi.hehe


kalau xhujan lebat, banjir, air kat sini mmg jernih yauuuwww!!!

OK semua, deyan nak tidur dlu, ini akan bersambung... baiiii ;)



Episod Pengalaman Deyan - SHAKLEE

Assalamualaikum ... (intro kali ni agak ayu sikit, ihihiks)

cuti sekolah hampir tamat, hari sekolah hampir mendatang, kalau macam tu janganlah lambat-lambat, siap siaga kan diri dari sekarang.

intro diikuti dengan pantun, yeap menarik. on duty nanti, persediaan mcm ni dgn pantun bagai cikgu2 perlu kreatif utk tarik perhatian murid. jadi, kiranya pantun atas ni mukaddimah entry DEYAN kali ini.

Cerita pasal alam persekolahan, Deyan pun akan kembali semula ke tempat belajar. Sejujurnya, tenaga, mental fizikal amat diperlukan dan digunapakai semaksimanya. Tambahan lagi, dengan berat badan yang kian mendadak secara perlahan-lahan dan hasil kembungnya badan ni semakin terserlah.

> JADI, APA YANG DEYAN PERLU BUAT ? X KAN LA BERDIAM DIRI ? <

Masanya untuk tanam azam elok-elok, yang baik-baik. Perasaan Deyan sangatlah kucar kacir semenjak dua menjak. Hanya sebab memikirkan keadaan diri. Gelisah tengok perubahan diri sendiri. Fikir punya fikir .... lama - lama tetidur. ..... dan hari - hari seterusnya pun macam tu.

1 malam , Deyan buka blog dan nak tau apa yang Deyan jumpa ???? scroll down and see ....

kalau blogger-blogger yang dah lama berblog, mesti kenal dgn kak irine yang comel nie. yeap, sudah berkahwin tapi still nampak mcm masih anak dara. Deyan memang sudah lama follow perkembangan dia. 

Tak sah diri bila buka laptop mesti tengok entry-entry dia yg baru, very super CUTE waaa. 

Melalui blog kak irine la, Deyan mula  berminat mengenali SHAKLEE. Sebelum ni memang pernah baca pasal SHAKLEE, tapi al-maklumla....disebabkan terlalu bz dengan course work dlm maktab hinggakan malas hendak search dlm internet pasal SHAKLEE. 

Alhamdulillah, atas dorongan kawan selaku kakak yg Deyan anggap mcm adik beradik sendiri, Deyan mulakan bisnes SHAKLEE secara kecil-kecilan. Doakan Deyan semua ;) 

Okei, ni Deyan nk selitkan kejap banner milik Deyan sendiri.